Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, September 29, 2010

Majlis Ilmu Oktober 2010

klik pada jadual di atas utk paparan yg lebih jelas

Thursday, April 29, 2010

Majlis Ilmu Mei 2010

Image Hosted by ImageShack.us

untuk muat turun jadual ini: KLIK SINI dan "save image as"

Wednesday, April 14, 2010

.::Batu Nisan: Jangan Cepat Melatah::.

Terlebih dahulu selawat dan salam kepada junjungan besar, Rasulullah S.A.W serta seluruh kaum keluarga dan para sahabat.

Saya terpanggil untuk menjelaskan situasi yang berlaku mutakhir ini hingga hampir menggempar seluruh negara. Berhubung penemuan sejumlah batu nisan di kawasan Pantai Bersih, Bagan Ajam, pihak Jawatankuasa Masjid Jamek mengakui bahawa kesemua batu-batu nisan tersebut adalah dari tanah perkuburan Masjid Jamek Kubang Buaya. Perkara ini berlaku adalah tanpa disengajakan oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam proses pembersihan kawasan tanah perkuburan tersebut. Adalah tidak adil untuk meletakan kesalahan itu sama ada kepada pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan juga tidak wajar kesalahan diletakan di atas bahu Jawatankuasa Masjid.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa kebanyakan laporan yang disiarkan didalam media adalah tidak benar sama sekali. Untuk pengetahuan semua tiada sebarang usaha mencabut batu-batu nisan ini dari tempat ianya terpacak. Batu-batu nisan yang ditemui itu sebenarnya adalah sebahagian daripada batu-batu nisan lama yang telah tumbang dan dikumpulkan dibeberapa kawasan sekitar tanah perkuburan ini. Tanah perkuburan Masjid Jamek Kubang Buaya merupakan antara tanah perkuburan yang tertua dia Butterworth. Menurut beberapa orang lama, kawasan perkuburan ini mungkin berusia lebih 200 tahun. Maka kebanyakan batu-batu nisan ini adalah batu nisan lama yang telah tumbang atau ada antaranya adalah diubah disebabkan ruangnya telah digunakan semula oleh jenazah yang lain.

Maka dengan ini diharapkan kepada siwaris yang mempunyai jenazah kaum keluarga di Tanah perkuburan ini agar tidak berasa panik kerana tiada sebarang kerja mencabut batu nisan dilakukan. Adalah diharapkan juga agar kepada waris yang ingin mengetahui perkara sebenar supaya dapat berhubung dengan pihak jawatankuasa masjid sendiri dan bukannya dari mulut individu lain kerana ini akan merumitkan lagi keadaan. Sekiranya anda rasa tidak berpuas hati bolehlah merujuk perkara ini kepada YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk maklumat lanjut.

Pihak jawatankuasa Masjid juga mengharapkan kepada individu yang menyampaikan cerita-cerita tidak benar ini agar menghentikan perbuatannya.

Saturday, April 10, 2010

Monday, March 22, 2010

.::Maulidur Rasul 1431::.

19 Mac 2010 bersamaan 3 Rabiul Akhir, Alhamdulillah, akhirnya berjaya diadakan sambutan Maulidur Rasul dengan sambutan yang amat membanggakan. Hampir keseluruhan ruang solat dipenuhi dengan jemaah. Program Maulidur Rasul tahun ini merupakan sambutan yang cukup menarik apabila Al-Fadzil Ustaz Dato' Ismail Kamus berkesempatan menyampaikan Khutbah pada sebelah siangnya dan menyampaikan ceramah pada sebelah malamnya.

Jawatan Kuasa mengambil kesempatan bergambar bersama Dato'

Khusyuk: jemaah memberi tumpuan mendengar ceramah

Sesekali jenaka oleh Ustaz membuatkan jemaah terhibur...
Pelbagai lapisan masyarakat hadir mendengar ceramah
Ustaz Shafie Kasa turut hadir mendengar ceramah
Unit Amal turut membantu memberi kelancaran
program Maulidur Rasul 1431



#KLIK pada Imej untuk lihat lebih jelas....

Saturday, March 13, 2010