Disebalik kejadian itu mrilah kita renungkan kepada saat berlaku peristiwa tersebut iaitu ianya berlaku seperti berikut:-
Gempa bumi di Padang terjadi pada jam 17:16 dan 17:58,manakala di Jambi pada jam 08:52 hari berikutnya.
Cuba perhatikan terjemahan al-Quran surah dan ayat 17:16,17.58 dan 08:52. ALLAHUAKBAR”
Surah 17(al-Isra’),ayat ke 16 bermaksud : Dan bila Kami hendak membinasakan suatu negeri,Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah,tetapi mereka melakukan kejahatan di dalam negeri itu,maka sudah sepatutnyalah berlaku kepada mereka perkataan(hukuman),lalu negeri itu Kami hancurkan sehancur-hancurnya.
Surah 17 ayat ke 58 bermaksud : Tak ada suatu negeri melainkan akan Kami binasakan sebelum Qiamat atau akan Kami siksa dengan siksaan yang amat keras.Keadaan itu di dalam Kitab (Ilmu Allah dan undang-undangNya yang berlaku dalam kehidupan manusia) telah ditulis.
Surah 8(al-Anfal) ayat ke 52 bermaksud : Keadaan mereka serupa dengan keadaan kaum Fir’aun dan orang-orang yang sebelum mereka.Tidak mempercayai keterangan-keterangan Allah ,lalu Allah menyiksa mereka disebabkan dosanya.Sesungguhnya Allah itu Kuat dan sangat keras siksaanNya.
Adakah ini berlaku secara kebetulan atau sememangnya atas kehendak Allah S.W.T supaya hambanya berfikir dan kembali ke jalan yang diredhaiNya. Kerana setiap perkara di dunia ini berlaku adalah dengan pengetahuan dan kehendak Allah S.W.T